PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengenalan Kepada Perniagaan Dan Keusahawanan.
 
Manusia memerlukan barang dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Namun tidak semua barang dapat disediakan atau dibuat sendiri.
 
Oleh itu,manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Kini manusia menggunakan wang untuk mendapatkan barang keperluan. Kegiatan jual beli ini dikenali sebagai Perniagaan Dan Keusahawanan.
 
Unit 1- Barang Jualan.
 
Sebelum seseorang peniaga menjalani perniagaan, peniaga perlu mengenal pasti barang keperluan,cita rasa dan kemampuan bakal pembeli.Bakal pembeli dinamai sebagai kumpulan sasaran.
 
 
Kumpulan sasaran( Pembeli)
 
 
kumpulan sasaran atau pembeli yang berada di kawasan sekolah ialah,
 
1. murid tahap satu ( tahun 1,2 dan  3)
2. murid tahap dua ( tahun 4,5 dan 6)
3.guru perempuan
4.guru lelaki
 
Mengumpul dan megelaskan maklumat.
 
untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang sesuai dijual kepada kumpulan sasaran, kajian pelu dijalankan. Maklumat boleh dikumpul melalui:
 
a) Pemerhatian
 
Memerhatikan barang yang biasa dan selalu dibeli oelh rakan dan guru setiap hari.
 
b) Temu Bual
 
Bersoal jawab dengan rakan dan guru tentang barang yang disukai,diperlukan,mampu dibeli oleh mereka. Temu bual dibuat secara berkumpulan.
 
c) Soal Selidik.
 
Meminta kerjasama rakan dan guru untuk mengisi borang soal selidik tentang barang yang disukai,diperlukan dan mampu dibeli oleh mereka.
 
Hasil daripada kajian tersebut, kita dapat mengelaskan barang mengikut:
 
  1. Barang keperluan murid.
  2. Barang keperlua guru.
  3. Barang kesukaan murid.
  4. Barang kesukaan guru.
  5. Barang yang mampu dibeli oleh murid.
  6. Barang yang mampu dibeli oleh guru.

Unit 2 – Merancang dan Menyediakan Jualan.

 
 
Sebelum memulakan perniagaan ,kamu perlu merancang jualan agar tidak mengalami kerugian.
 
a)  Membuat Rancangan Jualan.
 
–      Merancang jaulan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan secara teratur.
–      Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah:
*    Jumlah modal yang disediakan.
*    Jenis dan jumlah barang yang dijual.
*    Maklumat pembekal.
*    Cara jualan,iaitu melalui tempahan,menjaja dan membuka gerai.
*    Lokasi perniagaan.
 
–      Cara Mendapatkan Modal – modal merupakan pekara utama sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Sumber modal boleh didapati melalui:
 
§  Rakan kongsi.
§  Wang simpanan
§  Meminjam daripada saudara mara dan rakan rakan.
 
-Peniaga harus menyediakan maklumat jualan seperti berikut:
 
*    Menentukan jenis barang yang hendak dijual.
*    Menentukan harga barang yang hendak dijual.
*    Menentukan untung yang akan diperolehi.
–  Menyediakan Jadual Kerja- bertujuan untuk memastikan setiap rancangan jualan berjalan dengan lancar. Perancangan yang telah dibuat perlulah diikuti dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin kejayaan perniagaan.
 
 
Nama
 Murid
Tugasan
Sebelum Jualan
Selepas Jualan
Selepas Jaualan
 
membungkus
melabel
Melayan
mempromosi
Merekod
Faiz
(ketua)
X
 
X
   
Bee Yoong
 (penolong)
X
 
X
   
Raqib
 (bendahari)
X
 
X
 
X
Chandra
(setiausaha))
 
X
 
X
X
Aisyah
(AJK)
 
X
 
X
 
Luqman
(AJK)
 
X
 
X
 
 
 
b)  Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.
 
 
 
 

barang perlulah dilabel bagi memudahkan kumpulan sasaran mengetahui jenama atau jenis barang tersebut.

 
 
 
 
   b)Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.
                         
Cara Menyediakan Barang Jualan Adalah Seperti Berikut:
1.    Mengasingkan barang yang perlu dibungkus dan yang tidak perlu dibungkus.
 
Contoh barang yang tidak perlu dibungkus adalah:
o   Alat tulis- pensel,buku
 
Contoh barang yang  perlu dibungkus adalah:
o   Makanan-kacang,gula-gula dan biskut.
 
2.   Mengasingkan barang mengikut jenis kemudian  bahagikan barang kepada unit-unit kecil seterusnya bungkus barang dan labelkan.
 
3.   Dalam proses menyediakan barang jualan,kamu mestilah mengetahui cara menetapkan harga jualan. Rumus untuk memnentukan harga jualan ialah:
 
Harga Jualan = Harga Belian + Untung.
 
 
Tujuan Membungkus dan Melabel.
 
Ø   Barang jualan perlu dibungkus dan dilabelkan untuk menarik perhatian pelanggan.
 
Makanan perlu dibungkus untuk melindungi makanan daripada tercemar
 
Label memberikan maklumat tentang barang jualan kepada pembeli

 

 

Mempromosi Jualan.

 

 

 
MEMPROMOSI JUALAN
 
—  Tujuan promosi ialah:
Þ    Menyebarkan maklumat barang
Þ    Menimbulkan minat terhadap barang
Þ    Mengingatkan pelanggan terhadap barang
Þ    Meluaskan pasaran barang
  
 
Ciri-ciri pembungkusan menarik
 
 
 
 
   Pembungkus plastik
 
 
 
 
Ciri -ciri bungkusan yang baik adalah  :
 
    
•Mudah dibawa
•warna

•Bentuk dan rupa yang menarik

•Sesuai dengan jenis barang
•Tahan lama
 
MENGURUS JUALAN 
 
•Layanan baik terhadap pelanggan

         

                  
     •Menghargai pelanggan 
     •Memberikan senyuman 
     •Bersikap jujur 
     •Menghormati pelanggan 
     •Bersikap peramah 
     •Mengucapkan terima kasih 
     •Pandai mengambil hati
 
  
 

Mengira wang dengan cepat dan tepat

 
Wang baki = Wang yang diterima + Jumlah harga barang
 
Etika jualan
R Menjual harga barang mengikut timbangan
R Menjual dengan harga yang berpatutan
R Menghormati pelanggan
R Bersedia mendengar rungutan atau cadangan pelanggan.
 
MEREKOD JUALAN
®  Borang rekod barang jualan digunakan untuk merekod jualan.
 
 
—  Contoh borang:
 
 
Tarikh
Perkara
Kuantiti
3 Mei
Baki stok
100
6 Mei
Jualan
45
13 Mei
Jualan
30
17 Mei
Penambahan stok
100
16 Mei
Jualan
60
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Merekod pendapatan dan perbelanjaan
  •       Pendapatan ialah jumlah wang yang diperoleh hasil jualan barang.
  •       Perbelanjaan ialah jumlah wang yang digunakan untuk membeli barang jualan.
  •       Segala butir ini perlu direkodkan dalam borang.
  •       Aktiviti merekod dijalankan sepanjang perniagaan.
  •       Perniaga mesti mengetahui jumlah untung atau rugi sesuatu perniagaan itu. 
 
 
 
Mengira untung rugi
 
 
•UNTUNG ATAU RUGI = pendapatan + perbelanjaan
•RUGI                            =  pendapatan < perbelanjaa
•UNTUNG                  = pendapatan > perbelanjaan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: