PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengenalan

Bidang perniagaan dan keusahawanan menyediakan murid  dengan pengetahuan mengenai cara pengurusan perniagaan yang lebih sistematik. Murid diberi pendedahan cara mendapatkan komisen melalui jualan, membuat promosi melalui katalog, membuat latihan menyusun atur barang serta cara mengatasi risiko dalam perniagaan.

Pengguna memerlukan barangan yang baik dan bermutu, murid  perlu diberi pengetahuan cara mengamalkan sikap pengguna yang bijak.

2.2  Merancang dan Menyediakan Jualan

a.    Membuat rancangan jualan

Hasil Pembelajaran

  • Menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan
  • Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
  • Membuat rancangan jualan
  • Membuat jadual kerja
  • Menerangkan faedah menjual barang secara komisen

 Cara mendapatkan komisen melalui jualan

Peniaga boleh menjual   barang perniagaan orang lain selain daripada menjual barang perniagaan sendiri.  Bayaran yang diterima kerana menjual dan menguruskan penjualan barang perniagaan pihak  lain di sebut komisen.  Komisen dibayar biasanya dalam bentuk peratus.

Gambar foto 2.1

Contoh barang yang dijual secara komisen

Langkah mengira komisen:

  1. Kira jumlah jualan
  2. Kira komisen

Komisen   =     Jumlah Jualan    X   % Komisen

Contoh pengiraan komisen penjualan roti

Maju Enterprise

 

Bil

 

Jenis Barang

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

Roti Sandwich

10

 RM1.50

RM15.00

2.

Roti Kelapa

6

 RM0.50

  RM3.00

3.

Roti Planta

12

 RM0.50

  RM6.00

                                                                                      JumlahKomisen 10%    RM24.00RM2.40

Cara  mengira komisen  seperti berikut :    RM24.00  x  10/100 =  RM2.40

Aktiviti 1:   Latihan mengira  komisen

  1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan
  3. Murid diminta mengisi borang yang disediakan di bawah
  4. Kira jumlah komisen yang diperoleh

Nama Perniagaan

Bil

Jenis Barang

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

2.

3.

4.

5.

6.

                                                                                                       Jumlah

                                                                             Komisen 25%

Catatan :        Peratus komisen ditentukan antara peniaga dengan  pembekal

Borang ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan kreativiti guru

Barang yang sesuai dijual secara komisen

Pelbagai barang  dijual secara komisen.  Di antara barang yang sesuai dijual ialah barang makanan, bahan cetak, alat tulis dan cenderamata

Aktiviti 2:  Mengisi borang senarai barang

  1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan
  2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan
  3. Murid diminta menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
  4. Murid membuat pembentangan mengikut kumpulan
  5. Guru membuat rumusan daripada pembentangan tersebut.

Senarai Barang-Barang Yang Sesuai Dijual Secara Komisen

Bil

Makanan

Bahan cetak

Alat tulis

Cenderamata

1.

2

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Contoh Borang Senarai Barang

 

Rancangan jualan

Rancangan jualan ialah merangka langkah tertentu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

Perkara yang dirancang ialah:

  1. Jenis dan nama barang yang hendak dijual
  2. Kenal pasti pembekal yang menawarkan jualan secara komisen
  3. Tentukan peratus komisen yang didapati
  4. Tentukan cara berniaga.  Di antaranya bergerai, berkedai, berjaja dan jualan terus
  5. Jumlah jualan yang hendak dicapai dalam sesuatu jangkamasa.

Jadual kerja

Jadual kerja disediakan sebelum sesuatu tugas dilakukan.  Ia merangkumi bidang dan  pembahagian tugas.

Tujuan menyediakan jadual kerja adalah untuk memastikan penyediaan dan penjualan barang berjalan dengan lancar.

Tajuk: Menjual Surat khabar

Bil

Tugas

Nama Murid

1.

Mencari pembekal

Asiah

Ahmad Haziq

2.

Menyediakan tempat jualan

Abu Bakar

Ali Ahmad

3.

Menjual, melayan pelanggan, mengutip wang dan mengemas

Ramasamy

Zakaria

4.

Menyerahkan wang jualan dan menerima komisen daripada pembekal

Norzaiton

Abdul Rahim

Contoh Jadual Kerja

Catatan:  Guru boleh menggunakan contoh di atas untuk membuat aktiviti dalam kumpulan

Faedah menjual barang secara komisen

Faedah yang diperolehi:

  1. Tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan bekalan
  2. Tidak perlu menyediakan bahan promosi kerana kos promosi ditanggung oleh pembekal
  3. Tidak akan menanggung risiko kerugian ke atas barang yang rosak atau tidak laku dijual.

b.           Menyediakan barang  jualan

Hasil Pembelajaran

  • Mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen

Pengendalian jualan secara komisen

Langkah-langkah bagi pengendalian jualan secara komisen

Kenalpasti pilihan barang dan pembekal

Bincang peratus komisen

Terima barang jualan

Menjual

Menyerahkan wang jualan dan terima komisen

 

Mempromosi Jualan

 

  1. C.           Promosi melalui katalog

 

Hasil Pembelajaran

  • Menyenaraikan kandungan yang perlu dalam katalog
  • Merekabentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang

yang hendak dijual

  • Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog
  • Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog

 

Kandungan yang perlu ada dalam katalog

Katalog ialah dokumen atau buku  yang menunjukkan gambar foto barang

yang diiklan secara berwarna-warni dan dalam bentuk yang menarik.

Kandungan yang perlu dalam katalog

Spesifikasi barang:  contoh ukuran, warna

–                Gambar barang

–                Kod barang

–                Harga barang

 

 

Gambar foto 2.3.1   Contoh beberapa katalog

Merekabentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yang hendak dijual

 

Cadangan aktiviti:   Merekabentuk dan menghasilkan katalog.

 

Perkara yang  perlu dimasukkan pada katalog:

  1. Nama syarikat
  2. Alamat syarikat
  3. Nama barang yang dijual
  4. Pengedar/penjual

Bahan/Peralatan

Kertas A4  –  2  helai

Gambar foto yang berkaitan

Pen marker

Gam

Gunting

“Stapler”

Langkah menghasilkan katalog:

  1.               i.        Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
  2.             ii.        Kertas A4  dua  helai dalam kedudukan memanjang di lipat tengah sehingga menyerupai buku
  3.            iii.        “Stapler” ditengah-tengah
  4.            iv.        Tampalkan gambar foto yang berkaitan
  5.             v.        Tuliskan  spesifikasi barang.  Contoh:  kod barang, harga, warna dan saiz
  6.            vi.        Setiap kumpulan menghias katalog mengikut kreativiti kumpulan

Lampiran 1

Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog

 

Menggunakan katalog yang telah disediakan, murid dikehendaki menjalankan

aktiviti mempromosi barang menggunakan katalog tersebut secara simulasi

Aktiviti :  Setiap kumpulan  mempromosikan katalog yang disediakan dihadapan kelas

 

 

 

Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog

 

Aktiviti :  Murid menilai setiap kumpulan menjalankan promosi barang

menggunakan katalog.

Nama kumpulan  yang dinilai :  ___________________________

Aspek Penilaian

Markah

1. Gaya persembahan

/25

2. Kecekapan bertutur

/25

4. Kejelasan maklumat

/25

3. Persembahan katalog

/25

Jumlah Markah

/100

Contoh Borang Penilaian Oleh Murid

Gambar foto 2.2  Contoh katalog

Pilih  jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
      1.    Katalog ialah

A.     cara menjual barang

B.     proses menyediakan barang

C.     dokumen atau buku yang ada gambar foto

D.     komisen yang diperolehi

  1. Mempromosi menggunakan katalog.
  1. memerlukan kita menunjukkan contoh barang sebenar
  2. memerlukan kita menyediakan rak-rak atau meja pameran
  3. tidak memerlukan kita menunjukkan barang sebenar
  4. tidak memerlukan kita bertemu orang ramai
  1. Apakah perkara yang terkandung dalam katalog?
  1. Harga
  2. Kod barang
  3. Gambar
  4. Tarikh luput

A.        I, II dan III

B.        I, II dan IV

C.        I, III dan IV

D.        II, III dan IV

  1. Sifat-sifat seorang peniaga semasa mempromosi barang dengan  menggunakan catalog ialah
  1. cekap bertutur
  2. suara yang  nyaring
  3. penerangan yang jelas
  4. menceritakan dengan gaya persembahan yang menarik

A.     I, II dan III

B.     I, II dan IV

C.     I, III dan IV

D.     II, III dan IV

 

2.4      Mengurus Jualan

 

  1. D.       Menyusun atur barang

 

Hasil Pembelajaran

  • Menerangkan cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual
  • Menyusun atur barang untuk persediaan jualan
  • Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik

 

Cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual

Susun atur barang bertujuan untuk mengkelaskan barang mengikut jenis supaya mudah diperoleh

Kedai runcit                                                                        Gerai kuih                                                                 Pasar Ikan

Gambar foto 2.3   Susun atur barang

Menyusun atur barang untuk persediaan jualan

 

Aktiviti:  Susun atur barang di kelas

Bahan

Bahan-bahan terpakai:

  1. kotak ubat gigi
  2. tin minuman
  3. bekas makanan
  4. kotak sabun

Langkah:

  1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan
  2. Menunjukkan beberapa contoh gambar sesebuah kedai/gerai/ pasar
  3. Mengkelaskan barang mengikut jenis dan saiz
  4. Menyusun barang di atas rak atau meja
  5. Memastikan kebersihan tempat, rak atau meja, keselamatan dan kekemasan

Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik

Aktiviti :  Murid menilai susun atur barang  berpandukan gambar (rujuk lampiran  1)

Contoh borang penilaian

Nama kumpulan yang dinilai : ____________________________

Aspek penilaian

Markah

1. Kekemasan

/50

2. Kebersihan

/25

3. Keselamatan

/25

Jumlah markah

/100

Gambar foto 2.4  Susun atur  barang menarik dan kurang  menarik

Pilih  jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
  1. Bagaimanakah susun atur barang yang semestinya dilakukan oleh seorang peniaga?
    1. Mengikut jenama
    2. Mengikut jenis
    3. Mengikut harga
    4. Mengikut saiz
  1. Ciri susun atur yang menarik adalah seperti berikut  kecuali
    1. kemas
    2. tempat yang bersih
    3. meletak barang mengikut kategori
    4. menyediakan rak yang tinggi
  1. Pilih susun atur barang yang paling sesuai di bawah ini.
  1. Garam dengan baja
  2. Ubat nyamuk dengan biskut bungkus
  3. Ubat gigi dengan berus gigi
  4. Minuman bergas dengan kicap
  1. Mengapakah susun atur barang perlu dilakukan di sebuah kedai?
  1. Memudahkan pelanggan memilih barang
  2. Menyediakan satu perkhidmatan yang baik
  3. Dapat mengelakkan daripada kecurian
  4. Supaya kedai kelihatan kemas dan menarik
    1. III dan IV
    2. I, II dan III
    3. I, II dan  IV
    4. II, III dan IV

2.7    

 Risiko Dalam Perniagaan

       

  1. a.         Risiko dan cara mengurangkannya

Hasil Pembelajaran

  • Menyatakan maksud risiko
  • Menyenaraikan risiko dalam perniagaan

yang biasa dihadapi semasa menjual

  • Mengenal pasti punca risiko
  • Mencadangkan cara mengurangkan risiko

 

 

Maksud Risiko

Gambar foto 2.5  Kecurian

Risiko bermaksud kemungkinan  mengalami kerugian

Risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual

Risiko yang biasa dihadapi oleh peniaga semasa menjalankan

perniagaan ialah:

  1. kecurian
  2. kebakaran
  3. kerosakan barang
  4. keadaan cuaca
  5. pencemaran

Gambar foto 2.6  Kebakaran

                     Gambar rajah:  Kerosakan  barang

Gambar foto 2.8  Keadaan cuaca

Gambar foto 2.7  Pencemaran

Mengenal pasti punca risiko

 

Risiko yang dihadapi oleh perjual berpunca daripada:

  1. Kecuaian

–   Tidak menitik beratkan keselamatan  dan kesempurnaan barang dalam simpanan

Contoh:   barang dicuri atau barang rosak dalam simpanan

  1. Pengurusan tidak cekap

–   Pengurus tidak memberi perhatian kepada pengurusan wang, pekerja, stok dan masa

  1. Kurang pengawasan

–   Tidak mengambil langkah keselamatan

–   Pekerja yang tidak amanah

  1. Sistem penyimpanan rekod yang lemah

Contoh:   resit-resit belian/jualan tidak direkodkan dengan betul

 

Aktiviti : sumbangsaran

 

Cara mengurangkan risiko

 

  1. Membuat perancangan dengan teliti

Contoh:   dari segi keselamatan barang, cara simpanan barang

  1. Mengenal pasti beberapa pilihan penyelesaian

Jika kedai sering dipecah masuk, penyelesaiannya ialah memasang alat penggera atau mengupah pengawal keselamatan

c.Mengambil insurans

Jika berlaku kecurian, ganti rugi dapat dituntut bagi mengurangkan kerugian

 

Aktiviti:  sumbangsaran

Pilih  jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
 
  1. Risiko dalam perniagaan bermaksud
  1. kemungkinan peniaga mendapat keuntungan
  2. kemungkinan  peniaga mengalami kerugian
  3. kemungkinan perniagaan cuma mendapat modal sahaja daripada perniagaannya
  4. kemungkinan peniaga dapat keuntungan yang besar

4.  Tujuan seseorang peniaga mengambil insurans adalah untuk

    1. mengawal risiko yang ditanggung
    2. melindungi perniagaan daripada kerugiaan
    3. menentukan keuntungan jika berlaku kerugian
    4. mendapat ganti rugi bagi mengurangkan kerugian
  1. Peniaga berkemungkinan menghadapi risiko dalam perniagaan sekiranya
  1. barang jualannya banyak yang laku dijual
  2. barang jualannya terbakar atau dicuri
  3. waktu berniaga terlalu singkat
  4. barang jualannya tidak banyak pilihan

5.   Manakah di antara berikut merupakan punca risiko?

  1. Kecurian
  2. Kurang pengawasan
  3. Pengurusan tidak cekap
  4. Sistem penyimpanan rekod yang lemah

A.   I dan II

B.   I, II dan III

    1.  II, III dan IV
    2.  I, II, III dan IV
  1. Risiko yang biasa dihadapi peniaga semasa menjalankan perniagaan kecuali
  1. kecurian
  2. kebakaran
  3. kerosakan barang
  4. menjual barangan cepat rosak

 

2.8    Sikap pengguna yang bijak

 

  1. a.        Mendapatkan maklumat barang

 

Hasil Pembelajaran

  • Mengenal pasti ciri barang yang masih baik
  • Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak
  • Mendapatkan maklumat daripada label barang

 

Ciri barang yang masih baik

 

Ciri barang yang masih baik merujuk kepada keadaan fizikal barang seperti:

  1. Rupa

Contoh:  Ikan   –   masih segar

Buah –   tidak busuk

Roti   –   tidak berkulat

  1. Warna

Contoh: Tidak berubah dari warna asal

  1. Bau

Contoh:  Ikan/ daging/ayam  – tidak berbau busuk

Makanan                –  tidak basi

  1. Rasa

Contoh:   Susu – tidak masam

  1. Tekstur

Contoh:Biskut – masih rangup

Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak

Cara membezakan barang yang masih baik dan rosak adalah melalui pemerhatian tentang ciri  fizikal barang seperti rupa, warna, bau, rasa dan tekstur

Busuk

Segar

Rosak

Baik

Rosak

Baik

Rosak

Aktiviti :  Pelajar membanding beza barang yang masih baik dan barang yan rosak

 

Langkah :

  1.                       i.            Murid dibahagikan kepada kumpulan
  2.                     ii.            Murid membuat pemerhatian terhadap barang yang dibekalkan oleh guru
  3.                    iii.            Murid mengisi borang pemerhatian
  4.                    iv.            Murid membentangkan hasil dapatan daripada pemerhatian tersebut

Tandakan ( / ) bagi barang yang baik dan ( x ) bagi barang yang rosak

Nama barang

Sifat fizikal barang

Rupa Warna Bau Rasa Tekstur
1 Ikan

x

x

x

x

x

2 Biskut

/

/

/

/

x

Contoh borang pemerhatian

Mendapat maklumat daripada label barang

Maklumat penting kepada pengguna sebagai satu cara untuk menentukan pilihan barang yang baik Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber. Salah satu sumber yang mudah diperoleh  melalui label barang.

Maklumat yang diperoleh  daripada label barang:

  1. Kandungan bahan
  2. Jenama
  3. Berat kandungan
  4. Tarikh luput
  5. Pengeluar

Aktiviti :    Membuat buku skrap label barang dan menandakan maklumat penting.

Langkah:

  1. mengumpul label barang daripada tin, bungkusan, kotak barangan
  2. menampal di dalam buku skrap
  3. menandakan maklumat yang terdapat di dalam label tersebut
  4. Mencatat maklumat penting yang terdapat pada label tersebut

Rajah 2.1   Contoh label

  1. b.    Etika perniagaan dan hak pengguna

 

Hasil pembelajaran

  • Menerangkan etika perniagaan
  • Mengenal pasti hak pengguna
  • Menerangkan tanggung jawab pengguna

 

Menerangkan etika perniagaan

 

Etika perniagaan adalah amalan perniagaan yang baik seperti:

a.  jujur – tidak menipu timbangan, tidak menjual barang yang rosak/busuk, mengira dengan betul

b.  melayan pelanggan dengan baik – sentiasa senyum, ramah dan tidak sombong semasa berniaga

c.  menepati masa – membuka kedai tepat pada waktunya serta menghantar barang pada waktu yang telah dijanjikan

Sekiranya etika perniagaan tidak diamalkan, kemungkinan peniaga akan kehilangan pelanggan.

Mengenal pasti hak pengguna

 

Pengguna ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan alam sekitar.  Sebagai pengguna mereka  berhak mendapat yang terbaik terhadap barang atau perkhidmatan yang diperoleh.

Bagi memastikan barang atau perkhidmatan yang baik diterima mereka berhak untuk:

  1. mendapatkan maklumat barangan yang tepat
  2. menuntut ganti rugi terhadap barang yang rosak atau tidak sempurna
  3. memilih mengikut citarasa
  4. mendapat jaminan keselamatan

Contoh-contoh sumber maklumat

Label pada botol/ kotak     Iklan dimajalah/surat khabar                    Katalog                                   Poster

 

 

Menerangkan tanggungjawab pengguna

 

Pengguna bertanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat

  1. Pada diri sendiri    –  berfikir terlebih dahulu akan apa yang diperlukan dan jangan tergesa-gesa untuk membeli
  2. Pada masyarakat  –  dapat memainkan peranan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar supaya bersih sihat dan nyawa

Menekankan tanggung jawab menjaga kemudahan di sekolah dan kemudahan awam

Aktiviti  :   Menyenarai kemudahan di sekolah  dan kemudahan awam serta kerosakan yang berlaku

Langkah:

  1. Menyenarai kemudahan di sekolah
  2. Menyenarai kemudahan awam di sekitar tempat tinggal murid
  3. Melapurkan kerosakan yang  berlaku
  4. Membincang punca berlakunya kerosakan
  5. Tunjuk cara menggunakan beberapa kemudahan awam dengan betul
  6. Bincangkan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam
  7. Guru boleh membawa murid melawat kemudahan-kemudahan tersebut

Contoh gambar  kemudahan awam yang baik

Contoh gambar kemudahan awam yang dirosakkan

Maklumat Tambahan:

Kemudahan yang disediakan perlu dijaga dan digunakan dengan baik:

  1. menggunakan kemudahan ini mengikut peraturan
  2. menjaga kemudahan supaya sentiasa berkeadaan baik
  3. tidak merosakkan kemudahan awam
  4. melapur kerosakkan kepada pihak yang berkuasa
Pilih  jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
1.   Seorang peniaga yang jujur harus mempunyai ciri berikut, kecualiA. tidak menjual barang yang rosak

B. mengira dengan betul

C. tidak menipu timbangan

D. menjual barang yang telah luput tarikhnya.

4.    Bagaimana membanding beza barang yang masih baik dan barang rosak?i.   Pemerhatian                    ii. Tarikh luput

iii. Bau                                iv. Rupa

A. i  dan ii                              B. ii dan  iii

C. I  dan iii                             D. Semua di atas

2.    Siapakah yang  dimaksudkan pengguna ?A. Orang  yang menggunakan barangan

B. Orang   yang menjual barangan

C. Orang yang mengeluarkan barangan

D. Orang yang mengiklan barangan di pasaran

5.   Bagaimana  mengetahui ciri fizikal barang yang masih baik?A. Rupa                                 B. Warna

C. tekstur                               D. Semua di atas

3.   Berikut adalah hak pengguna kecualiA. memilih barangan mengikut citarasa

B. mendapatkan maklumat barangan yang tepat

C. mendapat jaminan keselamatan

D. menyembunyikan keburukan barang tersebut

  1. Menjaga kemudahan awam daripada dirosakkan adalah tanggungjawab
  1. Majlis Bandaran
  2. Swasta
  3. Pengguna
  4. Kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: