MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN

Pengenalan

Bidang perniagaan dan keusahawanan menyediakan murid  dengan pengetahuan mengenai cara pengurusan perniagaan yang lebih sistematik. Murid diberi pendedahan cara mendapatkan komisen melalui jualan, membuat promosi melalui katalog, membuat latihan menyusun atur barang serta cara mengatasi risiko dalam perniagaan.

Pengguna memerlukan barangan yang baik dan bermutu, murid  perlu diberi pengetahuan cara mengamalkan sikap pengguna yang bijak.

Merancang dan Menyediakan Jualan

a.    Membuat rancangan jualan

Hasil Pembelajaran

  • Menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan
  • Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
  • Membuat rancangan jualan
  • Membuat jadual kerja
  • Menerangkan faedah menjual barang secara komisen

 Cara mendapatkan komisen melalui jualan

Peniaga boleh menjual   barang perniagaan orang lain selain daripada menjual barang perniagaan sendiri.  Bayaran yang diterima kerana menjual dan menguruskan penjualan barang perniagaan pihak  lain di sebut komisen.  Komisen dibayar biasanya dalam bentuk peratus.

Gambar foto 2.1

Contoh barang yang dijual secara komisen

Langkah mengira komisen:

  1. Kira jumlah jualan
  2. Kira komisen

Komisen   =     Jumlah Jualan    X   % Komisen

Contoh pengiraan komisen penjualan roti

Maju Enterprise

 

Bil

 

Jenis Barang

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

Roti Sandwich

10

 RM1.50

RM15.00

2.

Roti Kelapa

6

 RM0.50

  RM3.00

3.

Roti Planta

12

 RM0.50

  RM6.00

                                                                                      JumlahKomisen 10%    RM24.00RM2.40

Cara  mengira komisen  seperti berikut :    RM24.00  x  10/100 =  RM2.40

Aktiviti 1:   Latihan mengira  komisen

  1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan
  3. Murid diminta mengisi borang yang disediakan di bawah
  4. Kira jumlah komisen yang diperoleh

Nama Perniagaan

Bil

Jenis Barang

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

2.

3.

4.

5.

6.

                                                                                                       Jumlah

                                                                             Komisen 25%

Catatan :        Peratus komisen ditentukan antara peniaga dengan  pembekal

Borang ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan kreativiti guru

Barang yang sesuai dijual secara komisen

Pelbagai barang  dijual secara komisen.  Di antara barang yang sesuai dijual ialah barang makanan, bahan cetak, alat tulis dan cenderamata

Aktiviti 2:  Mengisi borang senarai barang

  1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan
  2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan
  3. Murid diminta menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
  4. Murid membuat pembentangan mengikut kumpulan
  5. Guru membuat rumusan daripada pembentangan tersebut.

Senarai Barang-Barang Yang Sesuai Dijual Secara Komisen

Bil

Makanan

Bahan cetak

Alat tulis

Cenderamata

1.

2

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Contoh Borang Senarai Barang

 

Rancangan jualan

Rancangan jualan ialah merangka langkah tertentu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

Perkara yang dirancang ialah:

  1. Jenis dan nama barang yang hendak dijual
  2. Kenal pasti pembekal yang menawarkan jualan secara komisen
  3. Tentukan peratus komisen yang didapati
  4. Tentukan cara berniaga.  Di antaranya bergerai, berkedai, berjaja dan jualan terus
  5. Jumlah jualan yang hendak dicapai dalam sesuatu jangkamasa.

Jadual kerja

Jadual kerja disediakan sebelum sesuatu tugas dilakukan.  Ia merangkumi bidang dan  pembahagian tugas.

Tujuan menyediakan jadual kerja adalah untuk memastikan penyediaan dan penjualan barang berjalan dengan lancar.

Tajuk: Menjual Surat khabar

Bil

Tugas

Nama Murid

1.

Mencari pembekal

Asiah

Ahmad Haziq

2.

Menyediakan tempat jualan

Abu Bakar

Ali Ahmad

3.

Menjual, melayan pelanggan, mengutip wang dan mengemas

Ramasamy

Zakaria

4.

Menyerahkan wang jualan dan menerima komisen daripada pembekal

Norzaiton

Abdul Rahim

Contoh Jadual Kerja

Catatan:  Guru boleh menggunakan contoh di atas untuk membuat aktiviti dalam kumpulan

Faedah menjual barang secara komisen

Faedah yang diperolehi:

  1. Tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan bekalan
  2. Tidak perlu menyediakan bahan promosi kerana kos promosi ditanggung oleh pembekal
  3. Tidak akan menanggung risiko kerugian ke atas barang yang rosak atau tidak laku dijual.

b.           Menyediakan barang  jualan

Hasil Pembelajaran

  • Mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen

Pengendalian jualan secara komisen

Langkah-langkah bagi pengendalian jualan secara komisen

Kenalpasti pilihan barang dan pembekal

Bincang peratus komisen

Terima barang jualan

Menjual

Menyerahkan wang jualan dan terima komisen

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: