JAHITAN

JAHITAN KIA

  • Jahitan kia digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan. Jahitan kia lebih kukuh berbanding    sekiranya kita hendak memulakan jahitan dengan menyimpul hujung benang.
  • Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula
  •  Jahitan adalah halus dan panjang pendek
  • Jahitan kia adalah jahitan yang seakan dengan jahitan mesin
  • Digunakan juga sebagai hiasan artikel.

JAHITAN JELUJUR KASAR

JAHITAN JELULUR KASAR
  1. Dimulakan dengan jahitan kia.
  2. Jahitan ini digunakan untuk mencantumkan dua kepingan fabrik untuk sementara seblum dijahit kekal.

JAHITAN JELUJUR HALUS

1. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 0.3 – 0.5 cm

2. Digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain buat sementara.

3. Sebagai hiasan pada artikel pakaian.

JAHITAN SEMBAT SUSUP

JAHITAN SEMBAT SUSUP
 
  1. Digunakan untuk menjahit kelepet.
  2. Biasanya dijahit pada hujung lengan dan bawah baju.
  3. Hasil jahitannya halus dan kecil

JAHITAN INSANG PARI

  1. Jahitan insang pari digunakan untuk mencantumkan dua kepingan fabrik.
  2. Salah satu jahitan hiasan pada artikel.

JAHITAN BUTANG

  1. Terdapat pelbagai cara untuk menjahit butang.
  2. Ada butang yang mempunyai dua lubang dan empat lubang.
  3. Butang pada pakaian adalah sebagai lekapan sementara yang biasanya dijahit di hadapan baju dan lengan.

JAHITAN SUJI BILANG

HIASAN PADA ARTIKEL

Terdapat empat jenis mata jahitan yang digunakan untuk menghasilkan hiasan pada fabrik di atas. Antara mata jahitan tersebut ialah

  1. jahitan lubang butang
  2. jahitan kia
  3. jahitan jelujur kasar
  4. jahitan suji bilang.

Cikgu mengaplikasikan jahitan-jahitan diatas untuk menghasilkan kraftangan keychain berupa burung.

ALATAN JAHITAN

Pita Ukur
Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak di gunting atau di jahit
Gunting Kertas
 Digunakan untuk menggunting kertas bagi penyediaan pola.
Gunting fabrik
 Digunakan untuk menggunting fabrik.
Kapur tukang jahit
 Digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan yang telah di buat pada pola kertas ke atas fabrik
Jarum tangan
Digunakan untuk menjahit jahitan tangan pada fabrik samada kekal atau sementara.
Jarum Peniti
Digunakan untuk menyemat pola kertas pada fabrik dan juga menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit secara kekal.
Penetas Jahitan
Digunakan untuk menanggalkan benang yang telah dijahit pada fabrik.
Pembaris
Digunakan untuk mengukur dan menanda.
Seterika
Digunakan untuk melicinkan permukaan fabrik.

JAHITAN SILANG PANGKAH

1. Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik dan mengemaskan zip

JAHITAN LILIT UBI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: