ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL 

Pengurusan Organisasi dan Bengkel Keselamatan

  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
  2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
Struktur Organisasi Bengkel
  1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

LANGKAH KESELAMATAN (AMALAN 4M)

Membersih

  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi
Menyusun Atur
  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Menilai Diri dan Tempat Kerja

  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.

Mendisiplin

  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.


KESELAMATAN AM

Keselamatan Bengkel

  • Lantai tidak licin.
  • Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru.
 Keselamatan Diri
  • Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel.
  • Memakai apron dan kasut getah.

Keselamatan Alatan

  • Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak.
  • Gunakan alatan mengikut fungsinya.


Keselamatan Penggunaan Elektrik

  • Pastikan tangan tidak basah.
  • Jangan menggunakan peralatan yang rosak.

PENGELASAN ALAT PEMADAM API

Kelas A (Jenis cair)
  • Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas.
Kelas B (Jenis buih)
  • Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat.

Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida)

  • Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.


Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering)

  • Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

ETIKA DAN BUDAYA KERJA

  1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.
  2. Etika kerja termasuk menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh.
  3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja.
Pengurusan Organisasi dan Bengkel Keselamatan
  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
  2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
Struktur Organisasi Bengkel
  1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

LANGKAH KESELAMATAN (AMALAN 4M)

Membersih

  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi
Menyusun Atur
  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Menilai Diri dan Tempat Kerja

  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.

Mendisiplin

  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

KESELAMATAN AM

Keselamatan Bengkel

  • Lantai tidak licin.
  • Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru.
Keselamatan Diri
  • Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel.
  • Memakai apron dan kasut getah.

Keselamatan Alatan

  • Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak.
  • Gunakan alatan mengikut fungsinya.

Keselamatan Penggunaan Elektrik

  • Pastikan tangan tidak basah.
  • Jangan menggunakan peralatan yang rosak.

PENGELASAN ALAT PEMADAM API

Kelas A (Jenis cair)
  • Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas.
Kelas B (Jenis buih)
  • Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat.

Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida)

  • Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.

Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering)

  • Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

ETIKA DAN BUDAYA KERJA

  1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.
  2. Etika kerja termasuk menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh.
  3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja.

Pengenalan Reka Bentuk Dan Teknologi

Pengenalan

Pelajar telah belajar cara membuka dan memasang set binaan pada tahun empat. Dalam tahun lima pula, pelajar akan belajar cara membuka dan memasang kit model serta mempelajari system pergerakan kit model tersebut.

 
Matlamat ( Sasaran)

Kurikulum Reka Cipta bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Pelajar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara melalui penghasilan sesuatu reka cipta.

 
Objektif

1. Berfikiran kreatif, inovatif dan inventif
2. Peka terhadap masalah persekitaran
3. Boleh mereka cipta sesuatu barangan
4. Peka terhadap teknologi semasa

Penyelesaian Masalah

B. Penyelesaian Masalah

 Sebuah meja telah digunakan untuk meletakkan buku di dalam kelas Badrul. Meja tersebut diletakkan di sudut bacaan. Dia mendapati meja tersebut tidak stabil dan melendut. Selaku Ketua Sudut Bacaan di kelasnya, dia perlu menyelesaikan masalah tersebut.
 
 
 Situasi di atas merupakan masalah yang biasa berlakunya di dalam kelas. Masalah merupakan suatu situasi sukar yang perlu dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Seseorang itu perlu berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 
Kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menyatakan masalah tersebut dalam bentuk catatan atau pernyataan.
 
 
(i) Pencetusan dan penjanaan idea kreatif melalui projek    eksperimental
 
Mengenal pasti masalah
Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita menghadapi masalah dan sukar untuk menyelesaikannya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan menyatakannya dalam bentuk pernyataan atau catatan.
 
Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dikenal pasti, beberapa cetusan idea perlu difikirkan. Hal ini dilakukan untuk menghasilkan produk yang baik. Proses penyelesaian masalah bermula dengan mencetuskan pelbagai idea kreatif. Penjanaan idea pula berlaku setelah idea dicetuskan. Yang berikut ialah contoh penjanaan idea bagi menyelesaikan masalah meja yang melendut.
 
 
 
Membuat catatan dan lakaran
Idea yang terhasil boleh dinyatakan dalam bentuk lakaran. Pelbagai lakaran yang dihasilkan membolehkan kita memilih lakaran yang terbaik. Kita juga boleh menggabungkan beberapa lakaran tersebut. Hal ini menyebabkan kita membuat keputusan yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 
 
 
 (ii) Menterjemah idea kepada bentuk 3D
 
Lakaran yang terbaik akan menjadi panduan untuk membina projek tersebut. Lakaran ini memberikan maklumat tentang rupa bentuk, saiz, cara membuat dan sebagainya.
 
 
Memilih lakaran akhir projek eksperimental
Untuk memilih lakaran yang terbaik, perlulah mengikut beberapa langkah seperti carta aliran di bawah:
  
Merancang pembinaan projek
Setelah memilih idea yang terbaik, perlulah merancang untuk membina projek, seperti yang berikut:
 
 
(iii)           Membina projek eksperimental
Langkah membina projek eksperimental
 
Projek: Membina model meja
 
 
1. Kenal pasti lakaran yang dipilih.
 
2. Terjemahkan lakaran yang diplih kepada bentuk 3D.
 
3. Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.
 
4. Bina projek eksperimental berdasarkan lakaran.
 
 
 
5. Uji projek eksperimental tersebut.
 
 
(iv)           Mempersembahkan projek eksperimental
 
Pada akhirnya, projek eksperimental tersebut boleh dipersembahkan kepada orang lain.
 
 
C. Pendokumentasian
 
Keperluan pendokumenan dalam buku idea
Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid. Ia mengandungi maklumat tentang projek yang dihasilkan. Boleh digunakan sebagai:
(i)            Buku ciptaan
(ii)          Bahan rujukan
(iii)         Rekod maklumat projek
(iii)          Membina projek eksperimental
 
 
 Mengumpul dan merekod maklumat
Semua lakaran dan maklumat yang berkaitan dengan projek yang dihasilkan perlulah didokumentasikan. Maklumat tersebut boleh dikumpulkan dan direkodkan secara sistematik.
Maklumat tersebut boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.
 
Membuat buku idea
Setelah mengumpulkan semua maklumat projek yang dihasilkan, kita boleh membuat buku idea.
Contoh maklumat yang perlu ada dalam buku idea ialah:
 
 
 
 

Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk

A. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk

Kit model terdiri daripada komponen- komponen yang boleh dicantumkan sehingga menjadi satu model yang lengkap. Terdapat pelbagai jenis kit model di pasaran. Antara contoh kit model tersebut adalah seperti yang berikut:
 
(i) Membuka dan memasang kit model
  •      Alatan tangan
 
 
  •       Komponen Kit Model
     Kit model kereta
 
 
       Fungsi komponen
 
 
 
 
 
 
 
 

 (ii) Memasang kit model semula 


   Sistem pergerakan kit model


 

Latihan Interaktif

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengenalan Kepada Perniagaan Dan Keusahawanan.
 
Manusia memerlukan barang dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Namun tidak semua barang dapat disediakan atau dibuat sendiri.
 
Oleh itu,manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Kini manusia menggunakan wang untuk mendapatkan barang keperluan. Kegiatan jual beli ini dikenali sebagai Perniagaan Dan Keusahawanan.
 
Unit 1- Barang Jualan.
 
Sebelum seseorang peniaga menjalani perniagaan, peniaga perlu mengenal pasti barang keperluan,cita rasa dan kemampuan bakal pembeli.Bakal pembeli dinamai sebagai kumpulan sasaran.
 
 
Kumpulan sasaran( Pembeli)
 
 
kumpulan sasaran atau pembeli yang berada di kawasan sekolah ialah,
 
1. murid tahap satu ( tahun 1,2 dan  3)
2. murid tahap dua ( tahun 4,5 dan 6)
3.guru perempuan
4.guru lelaki
 
Mengumpul dan megelaskan maklumat.
 
untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang sesuai dijual kepada kumpulan sasaran, kajian pelu dijalankan. Maklumat boleh dikumpul melalui:
 
a) Pemerhatian
 
Memerhatikan barang yang biasa dan selalu dibeli oelh rakan dan guru setiap hari.
 
b) Temu Bual
 
Bersoal jawab dengan rakan dan guru tentang barang yang disukai,diperlukan,mampu dibeli oleh mereka. Temu bual dibuat secara berkumpulan.
 
c) Soal Selidik.
 
Meminta kerjasama rakan dan guru untuk mengisi borang soal selidik tentang barang yang disukai,diperlukan dan mampu dibeli oleh mereka.
 
Hasil daripada kajian tersebut, kita dapat mengelaskan barang mengikut:
 
  1. Barang keperluan murid.
  2. Barang keperlua guru.
  3. Barang kesukaan murid.
  4. Barang kesukaan guru.
  5. Barang yang mampu dibeli oleh murid.
  6. Barang yang mampu dibeli oleh guru.

Unit 2 – Merancang dan Menyediakan Jualan.

 
 
Sebelum memulakan perniagaan ,kamu perlu merancang jualan agar tidak mengalami kerugian.
 
a)  Membuat Rancangan Jualan.
 
-      Merancang jaulan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan secara teratur.
-      Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah:
*    Jumlah modal yang disediakan.
*    Jenis dan jumlah barang yang dijual.
*    Maklumat pembekal.
*    Cara jualan,iaitu melalui tempahan,menjaja dan membuka gerai.
*    Lokasi perniagaan.
 
-      Cara Mendapatkan Modal – modal merupakan pekara utama sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Sumber modal boleh didapati melalui:
 
§  Rakan kongsi.
§  Wang simpanan
§  Meminjam daripada saudara mara dan rakan rakan.
 
-Peniaga harus menyediakan maklumat jualan seperti berikut:
 
*    Menentukan jenis barang yang hendak dijual.
*    Menentukan harga barang yang hendak dijual.
*    Menentukan untung yang akan diperolehi.
-  Menyediakan Jadual Kerja- bertujuan untuk memastikan setiap rancangan jualan berjalan dengan lancar. Perancangan yang telah dibuat perlulah diikuti dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin kejayaan perniagaan.
 
 
Nama
 Murid
Tugasan
Sebelum Jualan
Selepas Jualan
Selepas Jaualan
 
membungkus
melabel
Melayan
mempromosi
Merekod
Faiz
(ketua)
X
 
X
   
Bee Yoong
 (penolong)
X
 
X
   
Raqib
 (bendahari)
X
 
X
 
X
Chandra
(setiausaha))
 
X
 
X
X
Aisyah
(AJK)
 
X
 
X
 
Luqman
(AJK)
 
X
 
X
 
 
 
b)  Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.
 
 
 
 

barang perlulah dilabel bagi memudahkan kumpulan sasaran mengetahui jenama atau jenis barang tersebut.

 
 
 
 
   b)Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.
                         
Cara Menyediakan Barang Jualan Adalah Seperti Berikut:
1.    Mengasingkan barang yang perlu dibungkus dan yang tidak perlu dibungkus.
 
Contoh barang yang tidak perlu dibungkus adalah:
o   Alat tulis- pensel,buku
 
Contoh barang yang  perlu dibungkus adalah:
o   Makanan-kacang,gula-gula dan biskut.
 
2.   Mengasingkan barang mengikut jenis kemudian  bahagikan barang kepada unit-unit kecil seterusnya bungkus barang dan labelkan.
 
3.   Dalam proses menyediakan barang jualan,kamu mestilah mengetahui cara menetapkan harga jualan. Rumus untuk memnentukan harga jualan ialah:
 
Harga Jualan = Harga Belian + Untung.
 
 
Tujuan Membungkus dan Melabel.
 
Ø   Barang jualan perlu dibungkus dan dilabelkan untuk menarik perhatian pelanggan.
 
Makanan perlu dibungkus untuk melindungi makanan daripada tercemar
 
Label memberikan maklumat tentang barang jualan kepada pembeli

 

 

Mempromosi Jualan.

 

 

 
MEMPROMOSI JUALAN
 
—  Tujuan promosi ialah:
Þ    Menyebarkan maklumat barang
Þ    Menimbulkan minat terhadap barang
Þ    Mengingatkan pelanggan terhadap barang
Þ    Meluaskan pasaran barang
  
 
Ciri-ciri pembungkusan menarik
 
 
 
 
   Pembungkus plastik
 
 
 
 
Ciri -ciri bungkusan yang baik adalah  :
 
    
•Mudah dibawa
•warna

•Bentuk dan rupa yang menarik

•Sesuai dengan jenis barang
•Tahan lama
 
MENGURUS JUALAN 
 
•Layanan baik terhadap pelanggan

         

                  
     •Menghargai pelanggan 
     •Memberikan senyuman 
     •Bersikap jujur 
     •Menghormati pelanggan 
     •Bersikap peramah 
     •Mengucapkan terima kasih 
     •Pandai mengambil hati
 
  
 

Mengira wang dengan cepat dan tepat

 
Wang baki = Wang yang diterima + Jumlah harga barang
 
Etika jualan
R Menjual harga barang mengikut timbangan
R Menjual dengan harga yang berpatutan
R Menghormati pelanggan
R Bersedia mendengar rungutan atau cadangan pelanggan.
 
MEREKOD JUALAN
®  Borang rekod barang jualan digunakan untuk merekod jualan.
 
 
—  Contoh borang:
 
 
Tarikh
Perkara
Kuantiti
3 Mei
Baki stok
100
6 Mei
Jualan
45
13 Mei
Jualan
30
17 Mei
Penambahan stok
100
16 Mei
Jualan
60
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Merekod pendapatan dan perbelanjaan
  •       Pendapatan ialah jumlah wang yang diperoleh hasil jualan barang.
  •       Perbelanjaan ialah jumlah wang yang digunakan untuk membeli barang jualan.
  •       Segala butir ini perlu direkodkan dalam borang.
  •       Aktiviti merekod dijalankan sepanjang perniagaan.
  •       Perniaga mesti mengetahui jumlah untung atau rugi sesuatu perniagaan itu. 
 
 
 
Mengira untung rugi
 
 
•UNTUNG ATAU RUGI = pendapatan + perbelanjaan
•RUGI                            =  pendapatan < perbelanjaa
•UNTUNG                  = pendapatan > perbelanjaan

 

TANAMAN HIASAN

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

CONTOH BUKU IDEA

Buku Idea 001

Buku Idea 001a

Buku Idea 001b

Buku Idea 002Buku Idea 003

Buku Idea 003a

Buku Idea 003b

Buku Idea 004

Buku Idea 005

Buku Idea 005a

Buku Idea 006

Buku Idea 007

CONTOH BUKU IDEA

IKAN HIASAN

PENGENALAN
        
1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

2. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.a. Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.b. Ikan pemakan plankton

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman
2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik
3. Untuk memberikan ketenangan perasaan
4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan
5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

 

4. JENIS-JENIS IKAN HIASAN :

5. CIRI-CIRI IKAN HIASAN :

 

TOPIK 6.1 PENYEDIAAN BEKAS
4.   PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN BEKAS AKUARIUM

5.  MENYEDIAKAN AKUARIUM DAN MENGHIAS AKUARIUM

KEUSAHAWANAN

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN TAHUN 5

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.